aNA PunYa SukA suKa lar...

CorEtaN DuniA dARi InsaN YaNG beLajaR MeNGenaL DuNia....

Sunday, February 1, 2009

HMT 329 : AJL23- Meet Uncle Hussain

Posted by kAka dE QuE















siapakah Meet Uncle Hussain (MUH)?
mereka ialah sebuah kumpulan band indie yang baru meningkat naik dan terus meletup dengan lagu "lagu untuk mu" yang sudah ditabalkan sebagai juara lagu bagi tahun 2008. anggota kumpulan ini terdiri daripada
Taja: Gitar/Vokal Latar.
Kudux: Drum.
Lan: Vokal/Gitar.
Afat: Bass/Vokal Latar.

Kenapa Meet Uncle Hussain?
Andai diterjemahkan kepada bahasa Malaysia, Meet Uncle Hussain bermaksud "berjumpa Pak cik Hussain"( Meet Uncle Hussain<>berjumpa Pak cik Hussain). Jadi apa simboliknya disebalik nama kumpulan ini? Andaian umum saya dan rakan-rakan tentang nama kumpulan ini.

Saya- nama kumpulan ini ditubuh setelah mereka bertemu Pak cik Hussain (individu penting)
rakan 1- sebab sifu mereka bernama Pak Hussain.
rakan 2- mungkin salah seorang ahli kumpulan namanya Hussain, setelah mereka bertemunya mereka bergabung jadi satu kumpulan.
rakan 3- sengaja hendak letak nama itu.
rakan 4-mungkin pak cik Lan namanya Hussain kot.

Berdasarkan perbandingan awal dari komen yang diberikan di atas ini, saya rasa semuanya tidak bertepatan dengan tujuan sebenar MUH letak nama tersebut. jadi sama-sama kita cari di perpustakaan terbesar... di mana lagi kalu bukan internet kan.hehe.

Dari segi analisis kontranstif, saya akan kaitkan dari aspek sosiolinguistik :-

Berdasarkan pemerhatian dan apa yang saya tonton juara lagu tempoh hari, saya dapati lagu yang dibawa oleh Meet Uncle Hussain adalah mempunyai kelainan berbanding lagu-lagu lain yang dipertandingkan. dengan istilah mudahnya, ia adalah "the speacial one" pada malam tersebut. Hal ini turut terbukti melalui survey yang saya buat secara rawak dan tidak formal. hasilnya kebanyakan kawan-kawan saya yang menonton memang sudah meramal akan kemenangan lagu ini.
Dari segi tajuknya sahaja sudah menggambarkan bahawa penciptaan lagu ini adalah untuk kita. Selain itu, kita juga tertarik dengan mimik muka dan juga mekap yang dipakai oleh Lan dan rakan-rakan. ia merupakan sesuatu yang unik dan kelihatan seperti watak joker dalam filem Batman..hahaha. Tambahan pula, semua orang tahu yang lagu yang dibawa oleh Lan ini memang spesis 'lagu tinggi' (istilah orang seni). saya sangat pelik dan 'respect' juga dengan suara Lan yang cukup unik. kalau nak rasa sendiri, nanti kita pakat pergi kareoke. boleh ajak hakim sekali.dia bolehn nyanyi lagu 'kalis rindu' versi lelaki.hahaha. tapi jagan jadi kalis peluru sudah.hehe.
Seterusnya menurut komposer Azmer yang juga ketua juri mengakui bahawa banyak kelebihan yang ada pada lagu itu untuk menyerlah berbanding 13 sentuhan lain. Menurutnya lagi, kemenangan MUH bertepatan pada masanya kerana mereka membawakan irama baru dan segar, malah turut mencipta aliran terkini dalam industri muzik (Berita Harian Online,19 Jan 08). Dari segi lirik lagu ini, jika kita hayati betul-betul kita akan rasa sesuatu yang begitu kuat isi hati yang ingin disampaikan.
Seterusnya secara keseluruhan, kita bandingakan dengan lagu lain secara umum. kedua-dua lagu Faizal Tahir tu memang sedap, lagu Stacy pun bagus, lagu Ziana pun sedap, lagu Elyana pun menarik. Senang cerita, semua lagu yang bertanding malam tu memang bagus-bagus belaka. Tapi pada aku, lagu Faizal Tahir tu, dua-dua, hanya mempunyai rentak balada yang baik ditambah dengan melodi yang menarik tetapi dari unsur inovasi dan revolusi dalam muzik itu masih ditahap yang lemah. tapi berbaloi juga Faizal Tahir kerana dipilih sebagai pemenang bagi tiga kategori (persembahan terbaik, juara kategori dan vokal terbaik) . kalau pulang tangan kosong sia-sia saja sampai dua lagu masuk final. Lagu "Aku Stacy" pula, simple dance song. Tapi Lagu Untukmu plak, it’s a new kind of music here.
Cukup dahulu buat masa ini. nanti ada apa-apa tambahan yang difikirkan sesuai. kita akan tambah kemudian hari...
Berita Harian Online-Gelombang muzik indie, 31 Januari 2008. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Hip/20090120081036/Article/

0 comments: