aNA PunYa SukA suKa lar...

CorEtaN DuniA dARi InsaN YaNG beLajaR MeNGenaL DuNia....

Thursday, January 15, 2009

HMT 329- Analisis Kontrastif mengenai Yasser Arafat

Posted by kAka dE QuE


Pada hari Isnin 12/1/2009, Dr.Radiah telah mengarahkan kami melakukan satu aktiviti di dalam kelas. Aktiviti ini berkisar tentang Yaser Arafat. Dr.telah mengarahkan dua orang pelajar yang mengetahui hal Yaser Arafat menemuduga seorang pelajar yang tidak mengetahui hal Yaser Arafat. Maklumat yang didapati adalah seperti di bawah :


Sebab-sebab tidak mengetahui hal Yaser Arafat
Kumpulan 1

Toh Wni Haur, (27 )
Sharifah Shadhatul Nadrah, 22
Mohd Saiful Bahri, 13

Menurut informan 27,beliau pernah melihat gambar Yaser Arafat tetapi tidak mengetahui nama pemimpin tersebut. Selain itu, beliau juga tidak mengetahui nama pemimpin ini kerana di rumahnya ahli keluarga beliau hanya membaca surat khabar berbahasa Mandarin. Tambahan pula, beliau tidak mahir berbahasa Mandarin. Beliau juga malas membaca ahkbar berbahasa lain.

Kumpulan 2
Chan Yan Yi,( 2 )
Nurul Hana, 19
Nor Fadilah, 15

Menurut informan kumpulan 2 ini iaitu Chan Yan Yi, beliau menyatakan pernah mengetahui tentang Palestin tetapi tidak mengetahui nama pemimpinnya. Beliau juga mengatakan di rumahnya ahli keluarganya hanya membaca akhbar berbahasa Mandarin. Dalam akhbar berbahasa Mandarin, nama orang akan ditukarkan tetapi bunyi masih sama. Nama Yaser Arafat dalam bahasa Mandarin ditukar menjadi alafa ke. Selain itu juga, beliau kurang membaca akhbar berbahasa Melayu dan bahagian politik. Di dalam berita juga, beliau mengatakan tidak pernah mengetahui tentang Yaser Arafat.

Kumpulan 3
Siti Fatimah. 23
Nur Liyana, 16
Ooi Yun Kean, ( 20 )

Menurut informan 20, beliau kurang membaca akhbar bahasa lain selain akhbar berbahasa Mandarin. Beliau juga mengatakan beliau tidak berminat untuk mengetahui tentang pemimpin dari luar negara. Beliau juga tidak berminat dalam hal politik. Yun Kean juga berpendapat bahawa Yaser Arafat kurang terkenal dan tidak begitu kacak. Beliau hanya mengetahui artis dari Hong Kong sahaja. Tambahan pula, Yaser Arafat tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia.

Kumpulan 4
Norazri, 14
Jong Hui Ying,( 6 )
Mohd Hazrul, 11

Informan dalam kumpulan ini iaitu Hui Ying mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui tentang Yaser Arafat kerana hanya membaca akhbar berbahasa Mandarin dan nama Yaser Arafat akan bertukar menjadi alafa ke. Beliau juga tidak menonton televisyen dan tidak menyukai hal politik.

Kumpulan 5
Husna Hasan, 5
Nur Najwa Hanim, (17 )
Siti Nurhuda,24

Menurut informan di dalam kumpulan ini iaitu 17, beliau tidak mengetahui kerana malas membaca surat khabar tetapi selepas memasuki universiti beliau membaca surat khabar setiap hari. Beliau juga tidak menonton berita luar negara keran beranggapan berita tersebut tidak mempunyai kaitan dengannya. Tetapi beliau mengatakan bahawa mengenali Obama.

Kumpulan 6
Siew Fong ( )
Mohd Khusairi, 12
Wong Siet Li, 29

Informan dalam kumpulan ini ialah Siew Fong. Beliau menyatakan tidak pernah mendengar nama Yaser Arafat dan tiada orang pernah memberitahu kepadanya. Selain itu, beliau juga tidak suka mendengar berita di televisyen tetapi beliau hanya menyukai menonton filem Hong Kong. Beliau juga tidak membaca tentang isu semasa. Beliau juga tidak berminat membaca surat khabar di bahagian luar negara tetapi hanya membaca bahagian hiburan sahaja.

Kumpulan 7
Maisarah, 27
Siti Zaleha, 26
Hui Lean, ( 3 )

Informan 3 mengatakan beliau tidak pernah mendengar nama pemimpin tersebut. Beliau juga tidak pernah membaca akhbar berbahasa Melayu dan tidak pernah mendengar daripada rakan-rakan. Beliau juga tidak pernah menonton berita.

Kumpulan 8
Nur Hanizah, 18
Siti Nursuhana, 25
Siew Kin, ( 7 )

Informan dalam kumpulan ini ialah bernombor 7. Beliau tidak pernah mendengar nama pemimpin tersebut. Beliau juga tidak pernah membaca akhbar berbahasa Melayu dan Mandarin tetapi hanya menonton dvd dari Korea sahaja. Beliau hanya membaca bahagian hiburan sahaja jika membaca surat khabar. Beliau juga tidak berminat untuk mengetahui tentang Yaser Arafat kerana tidak mempunyai kaitan dengan pelajarannya.

Kumpulan 9
Wan Norhana, 28
Siew Suan,( 9 )
Nashibah, 4

Informan dalam kumpulan ini mengatakan beliau tidak mengenali Yaser Arafat kerana tidak pernah membaca surat khabar berbahasa Melayu tetapi hanya membaca surat khabar berbahasa Mandarin sahaja. Dalam surat khabar ini, nama pemimpin ini telah bertukar. Beliau juga tidak pernah mencari maklumat tentang Palestin. Beliau juga jarang mendengar berita kecuali sesetengah topik sahaja.

Selepas mengumpulkan semua maklumat seperti di atas, kami perlu mengelaskan mengikut maklumat. Di dalam kelas HMT 329, terdapat sembilan orang yang tidak mengenali Yaser Arafat. Berdasarkan maklumat tersebut, maklumat tersebut akan dikelaskan dan diperatuskan.

0 comments: