aNA PunYa SukA suKa lar...

CorEtaN DuniA dARi InsaN YaNG beLajaR MeNGenaL DuNia....

Sunday, January 11, 2009

HMT 329: Artikel Israel Gempur Gaza- Pola Ayat

Posted by kAka dE QuE

Pola ayat yang menggunakan aturan kata `SKO`
[frasa nama] + [kata kerja] + [frasa nama] = SKO

Ayat 1
Pesawat Pejuang, Kereta Kebal Bedil Hamas
Ujian untuk subjek : Apakah yang membedil Hamas?
Jawapan : Pesawat pejuang, kereta kebal
Maka: Pesawat pejuang kereta kebal merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘apakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. kata kerja ayat tersebut iaitu bedil.
Contoh:
telah bedil
akan bedil
sedang bedil
Maka: kata bedil merupakan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek bagi ayat pasif
Ujian : Hamas dibedil oleh pesawat pejuang, kereta kebal.
Subjek ayat pasif = Hamas
Maka, objek = Hamas

Ayat 2
Selepas( tentera Yahudi ) melancarkan serangan udara selama lapan hari,
Ujian subjek : Siapakah yang melancarkan serangan udara selama lapan hari?
Jawapan : Tentera Yahudi
Maka: Tentera Yahudi merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu melancarkan.
telah melancarkan
akan melancarkan
sedang melancarkan
Maka kata melancarkan merupakan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek ayat pasif
Ujian :Serangan udara dilancarkan oleh tentera Yahudi.
Subjek ayat pasif =serangan udara
Maka, objek = serangan udara

Ayat 3
tentera Yahudi awal pagi semalam mara memasuki Gaza
Ujian untuk subjek : awal pagi semalam, siapakah yang mara memasuki gaza?
Jawapan : tentera Yahudi
Maka: tentera Yahudi merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘siapakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. kata kerja ayat tersebut iaitu bedil.
contoh:
telah mara memasuki
akan mara memasuki
sedang mara memasuki
Maka: frasa mara memasuki merupakan frasa kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek bagi ayat pasif
Ujian : Gaza dimasuki oleh tentera yahudi
Subjek ayat pasif = Hamas
Maka, objek = Hamas

Ayat 4
Dalam fasa kedua pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa.
Ujian untuk subjek : Dalam fasa kedua, Apakah yang tidak menghiraukan bantahan antarabangsa?
Jawapan : pencerobohannya. –nya merujuk tentera yahudi.
Maka: pencerobohannya merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘apakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. kata kerja ayat tersebut iaitu menghiraukan.
contoh:
telah menghiraukan
akan menghiraukan
sedang menghiraukan
Maka: kata menghiraukan merupakan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek bagi ayat
Ujian: bantahan antarabangsa tidak dihiraukan oleh pencerobohannya.
Subjek ayat pasif = bantahan antarabangsa
Maka, objek = bantahan antarabangsa

Ayat 5
angka kematian warga Palestin kini mencecah 485 orang.
Ujian untuk subjek : Apakah yang mencecah 485 orang?
Jawapan : angka kematian warga Palestin.
Maka: angka kematian warga Palestin merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘apakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. kata kerja ayat tersebut iaitu mencecah.
contoh:
telah mencecah
akan mencecah
sedang mencecah
Maka: kata mencecah merupakan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek bagi ayat pasif
Ujian : 485 orang telah dicecah oleh angka kematian warga Palestin.
subjek ayat pasif = angka kematian warga Palestin
Maka, objek = angka kematian warga Palestin

Ayat 6
Pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.
Ujian subjek : Siapakah yang bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel
Jawapan : Pejuang Hamas
Maka: pejuang Hamas merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘siapakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek dengan kata kerja tersebut iaitu menjadikan
Contoh:
telah menjadikan
akan menjadikan
sedang menjadikan
Maka kata menjadikan merupakan kata kerja.

Ujian objek : Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek
Ujian : Pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan apa?
Apa = Gaza kubur askar Israel.
Maka, objek = Gaza kubur askar Israel.

Ayat 7
Hamas mendakwa berjaya menawan dua askar Israel.
Ujian untuk subjek : siapakah yang mendakwa berjaya menawan dua askar Israel?
Jawapan : Hamas
Maka: Hamas merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘siapakah’.
Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. kata kerja ayat tersebut iaitu mendakwa berjaya menawan.
contoh:
telah mendakwa berjaya menawan
akan mendakwa berjaya menawan
sedang mendakwa berjaya menawan
Maka: frasa mendakwa berjaya menawan merupakan frasa kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek bagi ayat pasif
Ujian : dua askar Israel didakwa berjaya ditawan oleh Hamas.
subjek ayat pasif = dua askar Israel
Maka, objek = dua askar Israel

Ayat 8
Kamu memasuki Gaza seperti tikus.
Ujian subjek : Siapakah yang memasuki Gaza seperti tikus?
Jawapan : kamu
Maka: kamu merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘siapakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. dengan kata kerja tersebut iaitu memasuki.
Contoh:
telah memasuki
akan memasuki
sedang memasuki
Maka kata memasuki merupakan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek bagi ayat pasif
Ujian : gaza dimasuki oleh kamu seperti tikus
Apa = Gaza.
Maka, objek = Gaza

Ayat 9
Gaza akan menjadi kubur anda, Insya Allah.
Ujian subjek : apakah yang akan menjadi kubur anda?
Jawapan :Gaza
Maka: Gaza merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘apakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. dengan kata kerja tersebut iaitu menjadi.
contoh:
telah menjadi
akan menjadi
sedang menjadi
Maka kata menjadi merupakan kata kerja.

Ujian objek : Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek
Ujian : gaza akan menjadi apa?
Apa = kubur anda.
Maka, objek = kubur anda.

Ayat 10
(hamas) turut melancarkan 25 lagi roket ke wilayah Israel.
Ujian subjek : Siapakah yang melancarkan lagi 25 roket ke wilayah israel?
Jawapan : Hamas
Maka: Hamas merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘siapakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. dengan kata kerja tersebut iaitu melancarkan
Contoh:
telah melancarkan
akan melancarkan
sedang melancarkan
Maka kata melancarkan merupakan kata kerja.

Ujian objek : Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek
Ujian : Hamas turut melancarkan lagi apa ke wilayah israel?
Apa = 25 roket
Maka, objek = 25 roket

Ayat 11
Ambulans tentera dilihat membawa askar Yahudi.
Ujian subjek: Apakah yang dilihat membawa askar Yahudi.
Jawapan: Ambulan tentera
Maka: Ambulans merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘apakah’.

Ujian Kata Kerja: menggunakan kata bantu aspek. dengan kata kerja tersebut iaitu membawa.
Contoh:
telah membawa
akan membawa
sedang membawa
Maka kata membawa merupakan kata kerja.

Ujian objek: Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek
Ujian : Ambulans tentera dilihat membawa siapa?
Maka, apa = askar Yahudi
Oleh itu, objek = askar yahudi

Ayat 12
Tentera Israel melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera, dua parah, manakala 23 warga Gaza maut.
Ujian subjek: siapakah yang melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera, dua parah, manakala 23 warga Gaza maut.
Jawapan: Tentera Israel
Maka: Tentera Israel merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘siapakah’.

Ujian Kata Kerja: menggunakan kata bantu aspek. dengan kata kerja tersebut iaitu melaporkan.
akan melaporkan
sedang melaporkan
hendak melaporkan
Maka kata melaporkan merupakan kata kerja.

Ujian objek: Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek
Ujian : Tentera Israel melaporkan setakat ini apa?
Maka, apa = 30 askarnya cedera, dua parah, 23 warga Gaza maut.
Oleh itu, objek = 30 askarnya cedera, dua parah, 23 warga Gaza maut.

Ayat 13
Pegawai tentera dan saksi Palestin pula dilaporkan berkata,satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim, yang ditinggalkan Israel ketika regim Yahudi itu keluar dari Gaza pada 2005.
Subjek : Satu unit kereta kebal
Ujian subjek: Siapakah yang menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim?Jawapan : Satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim

K.Kerja : menyerang
Ujian: Satu unit kereta kebal telah menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim.
Objek : Selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim
Ujian: Selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim diserang oleh satu unit kereta kebal.

Ayat 14
Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya. Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah Israel.
Subjek : Serangan itu
Ujian : Apakah yang menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya?
Jawapan : Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya.

K.Kerja : terputus
Ujian : Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, telah terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya.

Objek : Laluan ke bandar raya Gaza
Ujian : Laluan ke bandar raya Gaza diputuskan oleh serangan itu.

Ayat 15
Pada masa sama, pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.
Subjek : Pesawat Israel
Ujian : Siapakah yang membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas?
Jawapan: Pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.

K.Kerja : membedil
Ujian : Pesawat Israel telah membedil sekurang-kurangnya empat sasaran.

Objek : Empat sasaran
Ujian: Empat sasaran dibedil oleh pesawat Israel.

Ayat 16
Bot tentera laut Israel turut memberi sokongan dengan membedil ibu pejabat perisikan Hamas di bandar raya Gaza, kawasan pelancaran roket dan tempat anggota marin Hamas berkubu.
Ujian subjek: Apakah yang turut memberi sokongan?
Jawapan: Bot tentera laut Israel
Maka subjek bagi ayat ini adalah bot tentera laut Israel.

Ujian kata kerja: menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu memberi
akan memberi
sedang memberi
telah memberi
Maka kata memberi tergolong dalam golongan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek dalam ayat pasif
Sokongan telah diberikan oleh bot tentera laut Israel dengan membedil ibu pejabat perisikan Hamas di bandar raya Gaza, kawasan pelancaran roket dan tempat anggota marin Hamas berkubu.
Subjek ayat pasif: sokongan
Maka, objek dalam ayat yang dikaji adalah: sokongan

Ayat 16
Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza, tetapi bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka yang menjadi tempat militan melancarkan roket dan bedilan meriam.

Ayat 16 (i)
Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza
Ujian subjek: siapakah yang bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza?Jawapan: Askar Israel
Maka,subjek bagi ayat ini adalah Askar Israel.

Ujian kata kerja: menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu memasuki
akan memasuki
sedang memasuki
telah memasuki
Maka kata memasuki tergolong dalam golongan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek dalam ayat pasif
Contoh: Kawasan bandar utama di Gaza bagaimanapun tidak dimasuki oleh askar Israel.
Subjek ayat pasif: Kawasan bandar utama di Gaza
Maka, objek dalam ayat yang dikaji adalah: Kawasan bandar utama di Gaza

Ayat 16 (ii)
militan melancarkan roket dan bedilan meriam.
Ujian subjek: siapakah yang melancarkan roket dan bedilan meriam?
Jawapan: militan
Maka subjek bagi ayat ini adalah: militan

Ujian kata kerja: menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu melancarkan
akan melancarkan
sedang melancarkan
telah melancarkan
Maka kata melancarkan tergolong dalam golongan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek dalam ayat pasif
Contoh: roket dan bedilan meriam telah dilancarkan oleh militan.
Subjek ayat pasif: roket dan bedilan meriam
Maka, objek dalam ayat yang dikaji adalah: roket dan bedilan meriam

Ayat 17
Penduduk daerah utara Gaza, al-Attatra, berkata askar Israel memeriksa setiap rumah dengan memecahkan dinding, tetapi kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri.
Ujian subjek: siapakah yang memeriksa setiap rumah dengan memecahkan dinding?
Jawapan: askar Israel
Maka, subjek bagi ayat ini adalah askar Israel.

Ujian kata kerja: menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu memeriksa
akan memeriksa
sedang memeriksa
telah memeriksa
Maka kata memeriksa tergolong dalam golongan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek dalam ayat pasif
Contoh: setiap rumah telah diperiksa oleh askar Israel dengan memecahkan dinding.
Subjek ayat pasif: setiap rumah
Maka, objek dalam ayat yang dikaji adalah: setiap rumah

Ayat 18
Israel mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera dengan sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban. Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut.

Ayat 18 (i)
Israel mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera
Ujian subjek: siapakah yang mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera?
Jawapan: Isreal.
Maka, subjek bagi ayat ini ialah Israel.

Ujian kata kerja: menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu menyerang
akan menyerang
sedang menyerang
telah menyerang
Maka kata menyerang tergolong dalam golongan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek dalam ayat pasif
Contoh: Gaza telah diserang oleh Israel pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera.
Subjek ayat pasif: Gaza
Maka, objek dalam ayat yang dikaji adalah: Gaza

Ayat 18 (ii)
Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut
Ujian subjek: siapakah pula yang bertindak balas dengan melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut?
Jawapan: Hamas
Maka, subjek bagi ayat ini ialah Hamas.

Ujian kata kerja: menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu melancarkan
akan melancarkan
sedang melancarkan
telah melancarkan
Maka kata melancarkan tergolong dalam golongan kata kerja

Ujian objek : Menjadi subjek dalam ayat pasif
Contoh: lebih 500 roket dan mortar telah dilancarkan oleh Hamas ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut.
Subjek ayat pasif: lebih 500 roket dan mortar
Maka, objek dalam ayat yang dikaji adalah: lebih 500 roket dan mortar


POLA OKS ( Ayat Pasif )

[Objek] + [kata kerja] + [Subjek]

Ayat 1
Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas.
Ujian subjek : Siapakah yang membalas serangan darat tentera Yahudi itu?
Jawapan : Pejuang Hamas
Maka: Subjek bagi ayat ini ialah pejuang Hamas.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek.dengan kata kerja tersebut iaitu dibalas
telah dibalas
akan dibalas
sedang dibalas
Maka kata dibalas merupakan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek ayat pasif
Ujian 1 : Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas
subjek ayat pasif = serangan darat tentera Yahudi
Maka, objek = serangan darat tentera Yahudi.

Ayat 2
Kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa
Ujian subjek : Siapakah yang menyiarkan kemaraan tentera Yahudi?
Jawapan : Stesen televisyen Hamas, Al Aqsa
Maka: Subjek bagi ayat ini ialah stesen televisyen Hamas, Al Aqsa.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu disiarkan
telah disiarkan
akan disiarkan
sedang disiarkan
Maka kata disiarkan merupakan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek ayat pasif
Ujian : Kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa
subjek ayat pasif = kemaraan tentera Yahudi
Maka, objek = kemaraan tentera Yahudi

Ayat 3
Stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel
Ujian subjek : Siapakah yang mengebom stesen televisyen Hamas, Al Aqsa?
Jawapan : Jet Israel
Maka: Subjek bagi ayat ini ialah jet Israel.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu dibom
telah dibom
akan dibom
sedang dibom
Maka kata dibom merupakan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek ayat pasif
Ujian : Stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel
subjek ayat pasif = stesen televisyen Hamas, Al Aqsa.
Maka, objek = stesen televisyen Hamas, Al Aqsa


Pola Ayat SKK

[subjek] + [kata kerja] + [keterangan]

Ayat 1
Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh.
Ujian subjek : Siapakah yang terbunuh dalam pertempuran awal pagi itu?
Jawapan : sembilan askar Yahudi
Maka: Subjek bagi ayat ini ialah sembilan askar Yahudi.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek dengan kata kerja tersebut iaitu terbunuh
contoh :
telah terbunuh
akan terbunuh
sedang terbunuh
Maka kata terbunuh merupakan kata kerja.

Ujian keterangan :
Ujian : merupakan unsur boleh digugurkan
Ujian : Sembilan askar Yahudi terbunuh.
unsur yang digugurkan = dalam pertempuran awal pagi itu.

Ayat 2
Kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri.
Ujian untuk subjek: Apakah yang tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri?
Jawapan: kebanyakan rumah.
Maka:kebanyakan rumah merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja: menggunakan Kata Bantu akan, telah, sedang dengan kata kerja tersebut iaitu berpenghuni.
contoh :
telah berpenghuni
akan berpenghuni
sedang berpenghuni
Maka kata berpenghuni merupakan kata kerja.

Ujian keterangan: merupakan unsur boleh digugurkan
Ujian : Kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni.
unsur yang digugurkan :kerana penduduknya sudah melarikan diri.
Maka: penduduknya telah melarikan diri merupakan keterangan dalam ayat kerana boleh digugurkan tanpa menjejaskan struktur ayat.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20090104222733/Article/index_html

0 comments: