aNA PunYa SukA suKa lar...

CorEtaN DuniA dARi InsaN YaNG beLajaR MeNGenaL DuNia....

Saturday, January 10, 2009

HMT 329 : Analisis Kontrastif Palestin dan Israel

Posted by kAka dE QuE



Tajuk : kuliah HMT 329
Hari : Jumaat (8.00- 10.00 pagi)
Tarikh : 09 Januari 2009
Pensyarah : Dr. Radiah Yusoff

Objektif kuliah:
Melihat dan membuat analisis kontrastif daripada aspek linguistik tetapi bukan melibatkan kepada bentuk sintaksis.
Analisis kontrastif ialah membuat perbandingan bagi unsur-unsur yang terdapat dalam sesuatu perkara. Ia melibatkan dari segi persamaan atau perbezaan bagi unsur tersebut. Contohnya, unsur X dan unsur Y lihat persamaan dan perbezaan bagi kedua-dua unsur ini.
Berdasarkan objektif ini, satu aktiviti dilakukan untuk meningkatkan pemahaman terhadap objektif tersebut.

Aktiviti:
Aktiviti berbentuk soal jawab iaitu dr. Radiah telah bertanyakan beberapa soalan kepada para pelajar. Soalannya ialah :

1. Apakah yang pelajar faham tentang Palestin?

2. Apakah yang pelajar faham tentang Israel?

3. Membuat perbandingan antara Palestin dan Israel berdasarkan data yang diperolehi daripada Soalan satu dan dua.

4. merujuk internet untuk mendapatkan maklumat dan bukti daripada data yang diberikan oleh pelajar.



Dapatan:
Jawapan daripada pelajar HMT329 bagi soalan pertama ialah :

No.13. Negara yang sedang dijajah.

No.15. sebuah negara Islam.

No.17. Negara yang selalu kena bom.

No.23. Negara yang tidak stabil.

No.25. rakyat yang ditindas.

No.27. rakyat yang hidup dalam derita.

No.29 banyak rakyat yang terkorban



Jawapan daripada pelajar bagi soalan yang kedua ialah :

No.2. Sebuah negara Kristian.

No.4. Kejam, menindas, membunuh.

No.6. Sebuah Negara yang tidak bercampur dalam hal politik.

No.10. Sebuah Negara yang mempunyai pemimpin yang kejam.

No.8. Peperangan yang menyebabkan rakyat terkorban.

No.14. Negara yang mempunyai pemimpin yang bijak berkomunikasi.



Daripada aktiviti ini, kita akan membuat analisis kontrastif untuk melihat persamaan dan perbezaan berdasarkan data yang terdapat dalam soalan satu dan dua. Jadi berdasarkan analisis ini, pelajar telah mengemukakan dapatan mereka melalui jawapan mereka pada soalan ketiga. Di sini, pendapat dan pandangan yang diberikan adalah berbeza antara satu sama lain berkait persamaan dan perbezaan antara Palestin dan Israel.


Jawapan pelajar bagi soalan yang ketiga ialah :

No.28. Israel lebih kuat daripada Palestin.

No.24. Israel negara yang menindas, Palestin negara yang menindas.

No.9. Mempunyai agama yang berlainan. ( sukarela )

No.15. Israel ialah negara yang lebih kuat berbanding dengan palestin.(sukarela)

No.12. Wujud konflik politik antara kedua-dua negara.(sukarela)

No.8. Sebagai akibat rakyat yang menerima penindasan dan penderitaan. (sukarela)


Berdasarkan jawapan daripada analisis yang dibuat oleh kumpulan pelajar bernombor .22, 12, 5. Mereka mendapat bukti melalui Wikipedia bahawa ciri-ciri yang diberikan oleh pelajar bernombor 24 dan 25 adalah betul, iaitu daripada artikel ‘ Konflik Israel dan Palestin’.Manakala kumpulan pelajar bernombor 6 dan .11. Membuktikan bahawa rakyat Israel tidak semestinya beragama Kristian tetapi juga menganut agama yang berlainan. Bagi kumpulan pelajar bernombor 28, 24, 20, 3, 2 pula mereka menyatakan analisis pelajar bernombor 24 benar berdasarkan bukti yang diperolehi daripada ‘Berita Harian Online’.



Seterusnya kumpulan pelajar bernombor 10 dan 26. Berdasarkan penyataan pelajar bernombor 12, mereka membuktikan bahawa sememangnya terdapat konflik antara kedua-dua negara ( dipetik daripada Wikipedia yang bertajuk “Konflik Israel Palestin )Berdasarkan kumpulan pelajar bernombor 27, 29 dan 8. Berdasarkan pernyataan pelajar bernombor 8, mereka membuktikan bahawa rakyat memang hidup dalam derita. ( dipetik daripada Utusan Malaysia online )


Kesimpulan :
Berdasarkan aktiviti yang dilakukan dalam kuliah ini, kita dapat pelajari cara untuk melakukan analisis kontrastif terhadap persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua unsur iaitu Palestin dan Israel. Analisis yang dibuat juga perlu berdasarkan bukti dan rujukan yang benar dan sahih. Selain itu, sumber daripada Wikipedia boleh dijadikan sumber asas untuk mendapatkan bukti atau membuat rujukan tentang sesuatu perkara. Seperkara lagi, dalam membuat sesuatu pernyataan kita perlu menyatakan daripada siapa kita merujuk untuk pernyataan tersebut supaya pernyataan yang kita buat terbukti kesahihannya.

Ahli kumpulan:
N0. 12: Mohd Khusairi
N0 13: Mohd Saiful Bahri
No 14 : Norazri


0 comments: